Entry post bagai nak mencari publisiti murahan..haha !!
Mimpi yang ala-ala ngeri buatkan aku terjaga..bukan sekali, bukan duakali, bukan tigakali malahan berkali-kali..ada tak sesapa yang pandai mentafsir mimpi ??? Sini aku kongsikan mimpi aku kot-kot ada yang boleh bagi pandangan..
Sebelum ni pun aku penah jugak mimpi laut-laut ni..kebanyakan nya aku selalu mimpi mengenai air laut..
Semalam sebelum nak tidur as usual aku cuci muka, gosok gigi pastu terus ambik air sembahyang..*taktidolagi*..ngadap sat depan cermin, belek muka kiri dan kanan, tempek-tempek bedak sejuk, sapu-sapu Vaseline pastu baru letak kepala atas bantal..tulah rutin aku sebelum nak tidur..
Time pertama nak tidur tu tak jadi masalah, lancar je..sampailah aku terjaga pukul 430 pagi sebab nak ke tandas..lepas sambung tidur tu terus mimpi..
Macam ni..
1. Aku dengan Mrps pi mancing..titi untuk mancing tu cukup untuk sorang je..tapi aku dengan dia masing-masing duduk atas titi sambil berusaha untuk tangkap ikan..pastu lagi, yang dapat ikan tu Mrps..besar..lebih kurang saiznya 3kg..tapi kitorang lepas balik..

1. Mimpi yang kedua, aku dengan dia lagi..kitorang ada di tengah-tengah lautan..yang ada masa tu cuma jeti sejemput pastu ada feri..kiranya masa nak naik feri tu, kitorang kena langkah dan panjat dari jeti..ha tak ke gila kena panjat gitu..

1. Mimpi yang ketiga ni, tengah laut..betul-betul tengah laut..ada dua biji feri besar..time nak tukar feri tu, kitorang kena lompat dari feri A ke feri B..tanpa sebarang alat keselamatan.

Aku memang musykil sesangat lah..serius..tertanya-tanya jugak..walaupun orang kata mimpi mainan tidur, tapi kenapa aku kena mimpi yang sama berterusan??
Haha ! tolong..tolong..tolong..

No comments:
Post a Comment
Sila lah komen mengomen yeap ^-^