MEREKA KAWAN SAYA

DAH KLIK SINI BGTAU..NANTI AKU AKAN KLIK KORANG PUNYA PULAK :)

Sunday, June 17, 2012

Ouch ! Jerawat..! Bagaimana nak mencegah


Tajuk entry yang sangat LUCU ! Bagi student yang bakal menghadapi FINAL EXAM macam aku confirm-confirm korang STRESS kan..assignment dapat last minute lah, tak paham subjek, masalah pendaftaran slip exam, and whatsoever lah sepanjang dekat-dekat nak FINAL ni..dan time-time macam ni bila kita STRESS jerawat pun gatai-gatai nak bertempek di atas muka..pastu mula lah kurang keyakinan bila tengok sini..

Dah, mokcik takmau bebel panjang-panjang..meh sini mokcik tips kan untuk MENCEGAH jerawat dari bertempek sana sini..aku selalu amalkan petua dibawah..sebab tu aku sentiasa nak jelita..*ohpelislahpujidirisendirisegala*

* BANYAKKAN MAKAN BAWANG PUTIH

Untuk pengetahuan, bawang putih tu dapat membunuh bacteria yang ada pada pori-pori muka kita. Berfungsi sebagai meningkatkan system immune badan yang dapat mencegah pertumbuhan jerawat disamping mencegah gastric, asma dan senggugut.

* DAPATKAN CAHAYA MATAHARI

Letakkan kulit di bawah cahaya matahari pagi sekurang-kurangnya 15 minit setiap pagi untuk membantu sel-sel kulit dapat bekerja dengan aktif dan sempurna.

LATIHAN DAN TIDUR YANG CUKUP

Ini PENTING. Korang kena ingat..tido tu penting..jangan korang bagi ‘komitment’ waktu-waktu akhir sampaikan tak jaga waktu tido..apabila kedua faktor ini mendapat penjagaan yang sempurna, nescaya dapat menstabilkan hormon-hormon.

* PASTIKAN MUKA SENTIASA BERSIH

Sentiasa pastikan korang mencuci muka atleast dua kali sehari..kemudian lapkan muka dengan kain yang kering. Walaupun malas sekalipun pastikan make up terlebih dahulu dicuci sebelum zZZZzzzzZZ..jangan menyentuh kulit muka dengan tangan yang kotor kerana pembiakan bacteria boleh berlaku dengan cepat.

* BERSIHKAN TUBUH DARI KEKOTORAN

Minum 8 gelas air mineral setiap hari kerana kekotoran sisa makanan yang diproses akan dikeluarkan melalui air kencing dan najis. Lagipun, cuaca yang terlampau panas sekarang memerlukan sejumlah air yang banyak..

p/s :: ini adalah langkah-langkah pencegahan..so cuba, try, test mana tau menjadi..

Credit to :: diri sendiri mokcik !

Sekian, ok bai !

1 comment:

  1. Thanks atas infonya..blh lah try kalo nek jerawat nanti..hehe

    ReplyDelete

Sila lah komen mengomen yeap ^-^