
Nasib baik tak sempat labah-labah nak buat sawang..semenjak balik ke Sri Iskandar ni memang sibuk betul..tak sempat nak update..student selalu kena menghadap buku. Tambah-tambah final exam dekat-dekat dah ni..test itulah, test inilah, kuiz itulah, kena buat video mandarin lagi..ni pun aku curi-curi update blog kesayangan..*bajet bizi melampau tahap gaban* usah pedulikan..
As a student, memang kita perlukan otak 24 hours..kena hafal, hafal dan hafal..yang otak math apatah lagi..mengira, mengira dan mengira..tension betul..*tinggal lagi satu sem je nak habis tapi rasa tak sanggup giler okey* Walaupun otak kita kena bekerja 24 jam perlulah diingatkan bahawa menggunakan otak tanpa henti boleh menyebabkan STRESS..
Sebelum otak kita jadi TINGTONG apa kata kalau kita elakkan penyebab-penyebab yang menyebabkan KETINGTONGAN otak..Jom Cekidaut kat bawah ni.. :-
1) ABAIKAN PENGAMBILAN SARAPAN PAGI
Sarapan pagi memberikan bekalan nutrisi kepada otak..kalau kita abaikan, jadi otak kekurangan nutrisi dan akan bekerja dengan lambat..makanlah sekurang-kurangnya roti dan segelas susu.
2) MAKAN BERLEBIH-LEBIHAN
Makan sekadar yang perlu untuk alas perut..pengambilan makanan dalam kuantiti yang berlebihan menyebabkan beban kepada pembuluh otak.
3) MEROKOK
Ni no komen..sebab korang sendiri dah tau kan tentang keburukan merokok ni..:)
4) KANDUNGAN GULA YANG BERLEBIHAN
Kurangkan manis dalam makanan tetapi lebihkan manis dalam senyuman..ah gitu..baru sesuai :)
5) PENCEMARAN UDARA
Elakkan pencemaran yang menyebabkan kekurangan bekalan oksigen sampai ke otak.
6) TERLEBIH TIDUR
Tidur memang sesuatu yang nikmat tetapi berlebihan tidur menyebabkan otak lambat memberi tindak balas.
7) TUTUP MUKA KETIKA TIDUR
Tak perlu tutup muka ketika tidur kerana korang kan dah tutup lampu..so tak payah nak tidur malu-malu okey.
8) MENGGUNAKAN OTAK KETIKA KEADAAN FIZIKAL KURANG SIHAT
Sekiranya fizikal lemah, jangan biarkan otak bekerja..ini menyebabkan otak akan keletihan.
9) KURANG BERIMIGINASI
Ini aku suka..sebab aku memang suka berimiginasi..so korang yang tak suka imiginasi cubalah berjinak jinak okey..BEST..
10) JARANG BERFIKIR
Berfikir secara rasional dan matang..selain itu, korang bolehlah membuat aktiviti perbincangan disamping dapat menambah ilmu pengetahuan..
Okey? Sekarang dah faham ke?
"Sayangilah otak kita" ~~ cool beb !
Ok bai !

No comments:
Post a Comment
Sila lah komen mengomen yeap ^-^