tak kisahlah perempuan ke, lelaki ke, yang free-hair ke, bertudung ke yang penting kita kena tau nak menjaga asset kita ni..rambut tu kan mahkota..so jom cekidaut entry kat bawah ni mana tau boleh membantu kita mendapatkan rambut yang sihat..ni based on apa yang aku dengar masa segmen tadi tau..tapi aku tujukan khas untuk semua..tak kisahlah laki ke, pompuan ke, tak pakai tudung atau yang bertudung..jom scroll ke bawah ::
::: Make sure gunakan jenis syampu yang sesuai dengan rambut kita..
::: Urut dengan lembut semasa mencuci rambut dan jangan menggosok atau tonyoh kuat-kuat
::: Cuci rambut setiap hari dan pastikan rambut betul-betul kering sebelum memakai tudung.
::: Rawatlah rambut sekurang-kurangnya sebulan sekali dan pastikan hujung rambut tidak bercabang. Rambut yang tidak sihat lebih mudah untuk gugur..
::: Jangan pandang perkara ni remeh. Untuk bajet yang lebih rendah, bolehlah mendapatkan rawatan di salun atau nasihat dari pakar-pakar farmasi dan kecantikan.
Atau korang boleh try petua tradisional Mak Jemah ni..lagi jimat dan insyaALLAH berkesan..
· Beli kacang hijau sekilo pastu rendam dan biarkan selama semalaman. Esoknya, tapis dan ambik airnya saja, sapu atas kulit kepala sambil urut pelan-pelan. Amalkan 3 kali seminggu
· Dulu, mak aku selalu sapukan daun bunga raya pastu ramas-ramas dalam air sapu atas kepala..daun bunga raya ni nampak je macam tak berfungsi tapi jugak sesuai untuk orang demam..rendam, ramas, tempek kat dahi..kebah demam..
· Ataupun kalau lagi bagus, gaulkan lender lidah buaya dengan daun bunga raya pastu ramas-ramaskan..then ratakan atas kulit kepala..memang la busuk sikit tapi nak cantik punya pasal semua pun sanggupkan..hehe..
FAKTA VS MITOS
FAKTA
Rambut akan tumbuh setengah inci setiap bulan samada dipotong atau tidak
Rambut gugur sepanjang waktu, sekitar 50-120 helai setiap hari, lagi banyak gugur sekiranya stress atau lepas bersalin
Produk pewarnaan rambut melembutkan dan tidak akan merosakan rambut. Malah ada yang memberi vitamin kepada rambut
Jika rambut bercabang, rambut akan tetap begitu kecuali jika dipotong
Menyikat rambut beratus kali sehari tidak akan menarik rambut dari umbinya dan tidak akan melemahkan helaian rambut
MITOS
Sikat rambut 100 kali sehari mempercepatkan pertumbuhan rambut
Bila rambut kasar, bermakna ia rosak
Rambut lurus boleh menjadi ikal dengan pemakaian syampoo
Kulit kepala lebih bersih dan licin jika selalu membasuh dengan air suam
Mengurut kulit kepala dengan kuku adalah lebih baik
Mewarnakan rambut, lebih cepat beruban
Mengeringkan rambut dengan hair-dryer akan menggurangkan rambut kerinting
Ingat, rambut asset utama ! Jadi jagalah sebaik mungkin J
happy reading !

No comments:
Post a Comment
Sila lah komen mengomen yeap ^-^