MEREKA KAWAN SAYA

DAH KLIK SINI BGTAU..NANTI AKU AKAN KLIK KORANG PUNYA PULAK :)

Saturday, May 12, 2012

Aku tak mampu bertahan lagi..


Entry yang menyentap hati dan perasaan..cewah, cewah, cewah..!  Aku rasa blog ni macam diary aku..kalau korang suka membaca okey..kalau tak suka pon okey..mana tau entry yang tak menarik minat korang untuk meneruskan niat suci lagi murni nak membaca..

okey, aku nak tanya sesuatu..apa pandangan korang bagi perempuan yang suka menangis..? Lemah ? Lembut hati ? Nak cari perhatian ? atau blablabla..???

kalau bagi aku, perempuan yang menangis mesti bertujuan..yea lah...gila kau nak menangis tanpa sebab..buang air mata jerk..orang yang menangis tu bukan lemah tapi pada aku, kerana dia gagal meluahkan apa yang terbuku di fikiran dia..yea lah, contohnya kalau korang under pressure apa korang buat? makan banyak-banyak? menjerit ? setiap orang punya cara melepaskan tekanan berbeza..

ok motif aku cerita semua ni sebab nak kongsi ngan korang..sejak kebelakangan ni aku sangat runsing, stress, sedih, pilu, resah, gelisah segalanya..punca yang aku sendiri tak pasti..tapi apa yang aku pasti, keadaan sangat tak terurus..nak menjerit kang terkezut satu taman..jiran aku confirm-confirm nak bergosip kalau dengar pelik-pelik..so apa yang aku buat, dok dalam bilik gelap menangis puas-puas..yeah..walaupun tak berapa mengurangkan masalah tapi aku rasa terkurang sikit beban dalaman..

sekarang keadaan aku dah hampir pulih..arini aku cuba menyibuk-nyibukkan diri dengan esaimen yang tergendala..ada jugak keja nak buat..so bangun tido, terus mandi manda, terus bukak laptop..tapi esaimen tetap tak siap sebab aku terjumpa broadband atas meja..so bila dah capai broadband, tangan pantas menaip..huhu..keja tak menjadi..

tapi sekurang-kurangnya aku mintak cik google cari cara nak pujuk hati sendiri..meh aku kongsi..mendek ni aku ambik untuk kurangkan tekanan di hati..huhu..

cara pujuk hati :- ( kopi pes dari sini )

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:
  • Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah SAW kepada anaknya Siti Fatimah
  • Berdoa - Mohonlah kepadaNya. Ingatlah, doa itu senjata bagi orang mukmin.
  • Sibukan diri dengan sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran & pelbagai bahan bacaan, terlibat dengan aktiviti usrah, kemasyarakatan dan sebagainya.
  • Luahkan perasaan anda - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya (sebaiknya yang ada pertalian darah atau orang yang arif dalam agama), menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan sebagainya
  • Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati.
Aku dah try dan terbukti menjadi sikit-sikit..alhamdulillah ! :)

No comments:

Post a Comment

Sila lah komen mengomen yeap ^-^