MEREKA KAWAN SAYA

DAH KLIK SINI BGTAU..NANTI AKU AKAN KLIK KORANG PUNYA PULAK :)

Monday, May 14, 2012

pegi Gerbang Malam nak sopping apa, eh ?




Ok semalam kitorang pegi overnite ke gerbang malam dengan Din..classmate aku pun..memandangkan dah bosan giler dok umah kitorang pun plan lah nak pegi bersiar-siar sekitar Ipoh..


Aku suruh CEKNA bagitau kat Din nk pi dalam pukul 8.30 malam lepas Magrib..sempat lah aku nak tengok-tengok berita kejap..tengok berita okeh..?? Sukasangat..Niat nya nak pi tengok lampu-lampu di sekitar Ipoh saja..yealah kan dah hujung-hujung sem..PT pun dah semakin menghabis..

Din pun bawak kitorang pi Gerbang Malam..kat tempat aku panggil Uptown je..tempat korang panggil apa ja tempat macam pasar malam tu ??? Tapi kat sini punya Gerbang Malam besar sikit dari tempat aku..Uptown kat SP tu , round-round dalam 15 minit dah habih..so kalau nak round dalam 30 minit korang kena buat macam aku..mula-mula round, korang tengok kedai-kedai sebelah kanan je..jalan selow-selow..pastu pusing balik , tengok kedai sebelah kiri pulak..jalan selow-selow..ok cukup 30 minit..hahaha !

Ronda-ronda aku nak bawal plain..banyak sangat pilihan..kalau sebelum ni, aku beli bawal plain order kat kawan-kawan je..sebab susah nak cari jenis kain yang memenuhi citarasa aku..tapi semalam , aku jumpa makcik ni jual bawal plain ikot kain yang memenuhi cita rasa aku..macam biasa harga nya..tiga tone = rm15 , dua tone = rm13 dan se tone = rm 10..jadiknya aku pilih dua tone dan se tone..cantik..sukasangattau..

Round-round Gerbang Malam , pastu kitorang pi supper..nama kedai tu DESA CORNER..tak sempat nak ambik gambar nasi-nasi dia..tapi memang sedap..terbaik..

On da way nak balik , Din bawak tengok orang-orang kat Jalan Kalsom..takmau komen banyak kat sini..sesapa yang orang Ipoh tentu dah masak dengan orang-orang kat Jalan Kalsom..korang pun tahu kot noh..kat tempat aku takdak orang-orang macam tu..

Ehm..k lah setakat ni je yea..esok nak konvo..sekarang nak gayot free ngan MrPs..samat malam kawan !! :)


 Walaupun simple tapi tetap COOL :)


No comments:

Post a Comment

Sila lah komen mengomen yeap ^-^