MEREKA KAWAN SAYA

DAH KLIK SINI BGTAU..NANTI AKU AKAN KLIK KORANG PUNYA PULAK :)

Monday, May 21, 2012

Bertuahnya jadi seorang PEREMPUAN.. :)



Tadi masa beronline tetiba ternampak sesuatu pengetahuan yang aku anggap boleh dikongsikan bersama..Alah, tak rugi pun kalau kongsi sama-sama kan..

Tak kesah la kalau jadi lelaki atau perempuan sebab dua-dua kurnian ALLAH S.W.T ni ada kelebihannya..tapi entry kali ni aku nak kongsikan kenapa BERTUAHNYA MENJADI SEORANG WANITA..

Antara kebertuahannya itu :
Wanita bekerja dengan Allah sepanjang hidupnya..dialah yang jadi 'kilang' kepada manusia..setiap bulan golongan hawa ini diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang sebab ABC (Allah Bagi Cuti)..
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari..bukan cuti suka-suka hati tapi cuti yang Allah bagi sebab wanita bekerja dengan Allah iaitu melahirkan anak kepada encik suaminya..
Sepanjang mengandungkan bayi, Allah sentiasa mengampunkan dosa mereka..apabila lahir saja bayi, maka seluruh dosanya habis..Inilah nikmat diberi oleh Allah kepada golongan hawa..Jadi kenapa mesti takot untuk beranak? Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, Allah telah mengizinkannya terus masuk ke Syurga..
Bagi wanita yang mempunyai suami..seluruh kebaikan yang dibuat oleh encik suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami si isteri tidak perlu menanggung..
Allah akan hadiahkan extra pahala kepada wanita solehah yang diterimanya diatas segala kebaikan suaminya..ketika dia melihat suaminya terkapai-kapi meniti Titian Sirat, dia pula memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk ke Syurga bersama-sama..ingat ! Jika seorang isteri yang asyik merungut, memuncungkan mulut terhadap suaminya dia tak akan dapat pahala extra ini.
Wanita tidak perlu menanggung tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah..segala dosa anak dan isteri, encik suami yang akan tanggung..apatah lagi dosa keluarganya yang tidak di didik..
Oleh itu, kepada golongan hawa, janganlah menderhaka dengan Nya..dan golongan adam fahamilah
hati dan naluri seorang wanita & isteri agar tidak menderhaka dengan Nya..

Sama-sama kita manfaatkan ilmu Allah..sekian !



No comments:

Post a Comment

Sila lah komen mengomen yeap ^-^