
Ekceli, bukan nak ceritakan persatuan-persatuan atau hal-hal yang membuatkan aku penat mental..nampak tak entry yang gembira di atas ??? PERKELAHAN YANG SANGAT OHSEM ! (kalau bagi aku memang rasa ohsem lah sangat..)
Ingat tak lagi on 11hb April aritu, kita ada cuti umum..alah yang DAULAT TUANKU tu..haha..? Dah ingat..ok bagus..hari tu kawan-kawan aku ada lah plan nak berkelah di ULU LICIN..nama tempat yang sangat unik kan..opkos lah sebab first time aku ke sana memang air terjun nya sangat licin..air gila punya laju..aku sampaikan nak berenang pun tak mampu..kang dibawak nya arus yang deras tu cane ?? kan,kan,kan..
Sebelum tu, aku bagi gambaran sikitlah kat korang supaya korang dapat imagine macam mana keadaan di sana..
Nama perkelahan : Air Terjun Ulu Licin
Lokasi : Beruas
Alamat : Terletak lebih kurang 10 kilometer dari pekan beruas
Perincian maklumat : Air terjun ulu licin merupakan lokasi pelancongan alternatif selain daripada kawasan pangkor dan lumut. kawasan air terjun ini terletak 10 km dari pekan beruas dan amat sesuai bagi pengunjung yang menggemari suasana hutan semulajadi. selain itu, air terjun ini merupakan lokasi popular bagi destinasi perkelahan dan mandi manda.

Ni aku dah google kan siap-siap kat korang okey..kalau nak rasai kegembiraan boleh korang berkelah di sana..jangan risau kalau korang nak buat BBQ tempat memang disediakan..TAPI..ada tapi nya..aku sangatlah tidak menggalakkan kalau korang yang pegi tu semua pompuan-pompuan..in case, kalau jadi apa-apa susah..sebab tempat tu kiri kanan hutan..korang mungkin susah untuk mintak tolong..lagipun kebanyakan yang kesana adalah lelaki..time aku pegi tu pun banyak jugak mamat-mamat moto..tapi tak risau sebab laki-laki kitorang ada..(laki kitorang???) maksud aku lebih kurang macam penjaga kitorang lah..haha ! Dan korang yang pegi tu sentiasa lah hati-hati sebab batunya memang sangat licin okey !
Pagi tu sebelum bertolak aku macam blur-blur sikit..yealah..cuti hujung minggu tapi kena jugak bangun awal..aku tak ingat nak snap bekalan-bekalan yang siap di masak oleh Cunet @ Cikaro Dekan, Tati ngn Kak Lina..! Owh, satu lagi yang ohsem..aku ngan Cekna sempat beli makanan ringan je di Tesco..motiff sempat ??? (ok, aku malas nak bangun awal-awal untuk masak)











No comments:
Post a Comment
Sila lah komen mengomen yeap ^-^