
Hye..lama-lama sekali baru sempat nak update..bukan nak lagak sibuk macam orang berkerjaya tapi tak sempat nak mengupdate..kadang-kadang tenet slow lah..broadband belum sempat nak bayar lah..macam-macam alas an..huhu !
Tadi masa aku tengah masak-memasak, tetiba pikiran aku teringat sesuatu..yeah..! nak update blog lah tu..Memang betul pun..tepat sekali..!
Tapi entry kali ni tak dak lah menarik perhatian sangat..bukan aku nak bagitau yang aku pandai masak..bukan, bukan dan bukan..! Setakat nak masak main-main tu boleh lah..tapi kalau nak masak untuk mak mentua, rasanya aku kena pi kelas memasak dulu kot..haha!
Lupakan hal tu. Ekceli, tadi aku sempat terpikir, kenapa blogger suka mengupdate blog..kenapa aku suka nak mengupdate blog..tidak pun aku tertanya kenapa aku berblogging..???
Aku citalah serba sikit macam mana aku boleh terjebak dalam dunia berblogging ni..
Dulu time aku sekolah menengah, tiap-tiap malam aku tengok sendiri kakak aku tulis diary..boleh dikatakan setiap malam dia menullis apa yang terjadi setiap hari..aku kira macam ada feel jugak lah tulis dalam diary tapi takdak lah sampai tiap-tiap hari sebab aku ni kadang-kadang ketandusan idea..huhu !
Bila dapat tawaran untuk masuk U, aku pun gembira..mula dari situ aku pun tunggu tahun baru sebab nak beli diary..OK fine..da tulis punya banyak kesah cinta, ayat-ayat romantik tetiba kantoi..mana tak nya..si adik-adik aku buka baca..bukan setakat adik tapi mak, ayah, adik, kakak suma dah baca..siap main perli-perli la..malu tak tau nak letak muka di mana..huhu!
Lepas pada peristiwa tu, aku pun bertekad tak mau tulis diary..pastu aku mengaktifkan diri dengan berblogging memandangkan time tu roommate aku pun ada blog..seronok je tengok dia berblogging..aku pun buat..tapi blog aku takdak lah menarik sangat..!
Aku buat blog ni lebih kurang macam tempat nak kongsi gembira dan sedih lah..kadang-kadang rasa macam tak dak orang nak dengar luahan hati kita kan..dengan berblog, tak kesah lah ada yang baca ke takdak ke tapi aku tetap nak tulis..
Aku ni suka bercakap walaupun kadang-kadang benda yang nak cakap tu takdak paedah nyer pun..nak bercakap ngan kakak aku ?? Ehm..dia 24 jam untuk tunang dia..so kalau nak bersembang pun cuma lebih kurang 10 minit setiap malam..nak bersembang ngan adik aku? Diorang tu baru budak-budak yang tak cukup matang..kang melawak lebih-lebih bahaya pulak..nak main ligan-ligan boleh lah..tak kan nak bersembang ngan mak ayah ?? diorang memanjang sibuk..kadang-kadang yang penting sangat kot baru berkesempatan..tapi tak semua aku suka bercerita ngan diorang..kekasih aku? Sekali dua nak merengek-rengek boleh lah..Bebanyak kali merengek memang lah dia tak suka..yealah letih berkerja agaknya..so setiap perbuatan terbatas..jadi aku rasa bila aku libatkan diri dengan berblogging dan berblogwalking rasanya dapatlah aku luahan kan sikit apa yang terpendam..cumanya kalau ada yang baca, OK lah..kan,kan,kan???
Cukup lah takat ni..kan dah selesai luahan hati.haha..! Nanti aku update lagi..rajin-rajin blogwalking kat sini. Okey ?
Bye.. (*_*)

No comments:
Post a Comment
Sila lah komen mengomen yeap ^-^