Ada macam KOREA,HINDUSTAN,CHINESE..apa kah rahsia mereka? kongsikan rahsia bersamaku..huhu..nak cantik jugak..owh cermin ajaib...kau tunjukkan lah kecantikan ku sebenarnya...hahaha..tetiba kena bergaduh ngan cermin..
Disebabkan hari puasa makin berakhir, maka hari raya bakal tiba, aku pun cuba sedaya upaya gagahkan diri mengadap laptop ini search petua kecantikan..so aku nak kongsikan dengan korang yea petua ni..tapi x sure la menjadi ke tidak..kita try slow2 okey..
1. Memutihkan kulit wajah
Ambik sebiji buah timun kemudian basuh dan parutkan..ambik air nya dan campurkan dengan sedikit madu.Bersihkan muka terlebih dahulu then sapu air yang diparut tadi ke muka sehingga rata.Keringkan 5-10 minit dan cuci dengan air suam.Lakukan dua kali seminggu.
2.Melicinkan kulit wajah
Ambik sebiji tomato,jika tiada gantikan dengan buah apple yang masak dan kisarkan..ambik isi yang telah dikisar dan sapu keseluruh wajah sehingga bawah leher..biarkan 20minit dan cuci dengan air suam.
Lakukan dua kali seminggu.
3.Menghaluskan kulit wajah
Ambik sebiji telur ayam kampung dan campurkan dengan satu camca besar madu. Campurkan hingga sebati kemudian sapukan ke seluruh wajah. Elakkan bahagian mata dan mulut.
Biarkan sebentar sehingga kering kemudian barulah dicuci.
Amalkanlah seminggu sekali.Aku selalu dengar petua2 ni..so ini ja yang mampu untuk dikongsikan..selebihnya nanti akan aku updatekan lagi yea..
Selamat mencuba :)

No comments:
Post a Comment
Sila lah komen mengomen yeap ^-^